Sabtu, 27 Oktober 2012

Dirimu Begitu Berharga



 Assalammualaikum.. da lame tak blogging.. orang yang baca blog Wafa nie, sihat tak??
Alhamdulillah, kalu sihat.. yang tak sihat tu, makan ubat ye..jaga kesihatan lek-lok.. Hari nie Wafa ada sesuatu yang nak di kongsi bersama..(*Aishh..sempat lagi nak update.. SPM nak dekat da..)  Apakah?? Haa.. jom baca status kat bawah nie..




" Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi "
Manusia sememangnya memerlukan perhatian dan penghargaan. Inilah bekalan yang diberikan oleh Dia Yang Maha Esa dalam naluri setiap manusia. Tapi penghargaan dan perhatian yang diharapkan bukanlah mudah untuk diperolehi. Dan tak sume orang akan berterima kasih diatas jasa yang diberikan. So, kalu perkara tu berlaku dekat kita, jangan jadikan 'perkara' tu sesuatu yang menenggelamkan kita ke lubuk kekecewaan dan penyeksaan. Ingat !! lakukan sesuatu itu dengan ikhlas dan mengharapkan redha-Nya.
Ok. kat sini Wafa nak bagi taw antara faktor yang menjadikan manusia itu berharga hidupnya ialah :

IIMU

  • Pakej kecemerlangan di dunia dan akhirat ialah kecemerlangan ilmu. "Mati jasad kerana tiada roh, mati roh kerana tiada ilmu". Dan janganlah kita belajar semata-mata untuk peperiksaan.

IMAN

  • Iman adalah mutiara. Bahkan lebih berharga daripada segala harta di dunia. Hanya imanlah yang akan memandu manusia ke jalan kebaikan dan menyelamatkan manusia di akhirat.

 AKHLAK MULIA

  • Akhlak umpama bunga yg cantik. Manusia akan tertawan hatinya kepada orang yang berakhlak mulia.Sesungguhnya tanpa akhlak , hidup di dunia nie akan hancur dan binasa.
HARTA
  • "Mulianya didunia dengan harta, mulianya di akhirat dengan amal soleh"-Sayidina Umar al-Khattab. Ingat!! milikilah harta kerana ia adalah saranan agama. Jangan sampai tersasar niat dan matlamat. Jadikanlah harta sebagai pelaburan terbaik untuk dividen diakhirat kelak. Orang yang dermawan sangat dimuliakan oleh Allah.
Itulah antara 4 faktornya yang Wafa nak kongsi bersama. Sharing is Caring. hehe..
Sungguh ! Jangan sedih jika diri tidak di hargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga.

*Sumber: Majalah Anis.

Ok lah.. Assalammualaikum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan