Isnin, 24 Disember 2012

Lagu yang mendidik jiwa

Assalammualaikum..
Sume sihat?? Dah lame Wafa tak blogging kan. Bukan ape, akibat kemalasan melanda. Lagi pon Wafa lebih suke bace blog kawan-kawan Wafa yang lain. Emm.. Kali ni wafa nak kongsi sebuah lagu. Untuk pengetahuan sume,Islam tak melarang umatnya untuk berhibur. Tapi kita kene la pastikan hiburan yang kita pilih tu tak melalaikan kite. Ok. Wafa yakin ramai yang dah pernah dengar lagu ni. Tajuk lagu tu  AdaMu-Najwa Latiff. Jom kite hayati lagu nie.






Merenung ke luar jendela                                            
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia
Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Bile kite hayati lagu ni, banyak pengajaran yang kita dapat.Inilah yang dinamakan lagu yang mendidik jiwa.Hehe. First, Allah selalu ade dengan kite. Allah tak pernah tinggalkan kite tapi kebanyakan kite selalu lupe dekat Allah. Bile senang lupe dekat Allah, bile susah baru nak ingat dekat Allah. Tapi kan, walaupun ade dikalangan kite yang lupe dekat Dia. Allah masih lagi bagi kite kesempatan untuk menghirup udaraNya, untuk menikmati keindahan ciptaanNya dan tinggal di negara yang aman ni. Allahuakbar.Sungguh Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Second, sume orang ade masalah yang tersendiri." Kenapa kite selalu di uji?? " sebab Allah nak kite mengadu dekat Dia. Allah nak kite mintak pertolongan Dia. Allah nak uji sejauh mane tahap kesabaran kite, sejauh mane rase cinta kita kepada-Nya, sejauh mane kite ingat dekat Dia.Third, ayuhlah same2 kite muhasabah untuk memperbaiki diri ni , astaghfirullahalazim dan mohonlah pertolonganNya dalam mencari keredhaanNya.Ini je lah yang dapat Wafa kongsikan untuk kali ni. :)

Sekian, ilal liqa'.

Jage iman, jage diri. Assalammualaikum.


Sabtu, 10 November 2012

Terima Kasih Kak Farah

Assalammualaikum.. 
                                                                   
Sume sihat?? Alhamdulillah.. kalu sihat.. 
Hari nie Wafa nak citer pasal 'someone'.. huhu..sape ?? jap.. saba..saba.. 
She is oldest sister like me. Her name is Farah Ahmad Faisal.
Orangnye sporting dan baik ..huhu





Wafa kenal kak Farah melalui facebook, tak pernah jumpe pon.. then , Wafa dapat taw dari adek kak Farah merangkap classmate Wafa , name dye Farhan Adib..bagi taw yang kak Farah nak datang kat sekolah..Nak dijadikan citer, waktu nie Wafa dengan Nina (my BFF) on the way nak pegi kat dewan peperiksaan..awal la jugak kteowang sampai..maklum la, hari first nak SPM.. tetibe Wafa nampak someone.. sekali tengok macam kak Farah, dua kali tengok pon macam kak Farah.. tiga kali tengok , memang sah la kak Farah.. huhu *ntah pape je Wafa nie.. then,
" Eh ! Nina tu kak Farah an?!"
"Mane2.. Ouh.. ha' ah.."
kteowang letak beg dulu, baru pegi jumpa kak Farah.
"Jom la.. gi jumpe kak Farah"
"Haa.. tak pe la.. pegi la dulu.. nanti aku follow "
Ermm..sebenarnye.. Wafa segan nak jumpe kak Farah tapi seronok.. sejuk mata memandang orangnye.. then, kteowang pon sembang2 tapi sekejap jer..haha..Nina yang banyak sembang.. sebab waktu nie 'kekekokan' menguasai diri Wafa..hehe.. plus, rase tak caye dapat jumpe kak Farah..
"Ok la kak Farah , nak jumpe cikgu jap.. Haa.. Wafa , kaw sembang la dulu dengan kak Farah "
 kebetulan cikgu Maisarah lalu..
"Hahh??! Errkkk...."
Pandai sungguh Nina, nak tinggalkan Wafa.. tak patut..tak patut.. Maafla, tak teman kak Farah.. *segan..
Then, kteowang pon pegi jumpa cikgu lak.. Sebenarnye kak Farah datang sekolah nak jumpa Farhan.. 
Next day, hari Selasa.. kak Farah datang asrama melawat Farhan..kak Farah bawak makanan... mmmm.. yummy..sedapp..! terima kasih kak Farah... *Wafa kalu nampak makanan laju jer dye..haha




 Wafa tak de la makan sorang2 jer.. karang menelan air liur je la kengkawan yang lain..haha.. kawan2 Wafa cakap sedap dan "terima kasih daun keladi, kalu ade bawa la lagi" dekat kak Farah.. huhu.. " Sorry kak Farah.. " sebab buat kak Farah tunggu lame waktu nak bagi makanan nie kat Wafa..*announcement name Wafa sampe 3 kali, lame uh..lagi pon mase tu Wafa baru je lepas abeh mandi.. engatkan mak Wafa..tapi hari Ahad hari tu baru jer jumpe mak.. huhu.. rupe2 nye kak Farah dan cousin, kak Intan datang.. Ape lagi, Wafa dengan Nina cepat2 la nak pegi dekat kak Farah.. on the way, nak sampai tu ade la suara2 sumbang kedengaran..*nak kne hampe nie..haihh, saba je la.. (~.~")
tapi hari nie 10.11.12 .. *cantek tarikh.. kak Farah balik Jeddah.. " Hati2 ye kak Farah, semoga kak Farah selamat sampai " ..




cupcake untuk kak Farah ^^





  

Semoga ukhwah
fillah yang
menjadi penghubung
di antara kami
berkekalan dan
sentiasa dalam redha-Nya "





ok la.. Assalammualaikum..





Sabtu, 27 Oktober 2012

Dirimu Begitu Berharga



 Assalammualaikum.. da lame tak blogging.. orang yang baca blog Wafa nie, sihat tak??
Alhamdulillah, kalu sihat.. yang tak sihat tu, makan ubat ye..jaga kesihatan lek-lok.. Hari nie Wafa ada sesuatu yang nak di kongsi bersama..(*Aishh..sempat lagi nak update.. SPM nak dekat da..)  Apakah?? Haa.. jom baca status kat bawah nie..




" Jangan sedih jika diri tidak dihargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga lagi "
Manusia sememangnya memerlukan perhatian dan penghargaan. Inilah bekalan yang diberikan oleh Dia Yang Maha Esa dalam naluri setiap manusia. Tapi penghargaan dan perhatian yang diharapkan bukanlah mudah untuk diperolehi. Dan tak sume orang akan berterima kasih diatas jasa yang diberikan. So, kalu perkara tu berlaku dekat kita, jangan jadikan 'perkara' tu sesuatu yang menenggelamkan kita ke lubuk kekecewaan dan penyeksaan. Ingat !! lakukan sesuatu itu dengan ikhlas dan mengharapkan redha-Nya.
Ok. kat sini Wafa nak bagi taw antara faktor yang menjadikan manusia itu berharga hidupnya ialah :

IIMU

  • Pakej kecemerlangan di dunia dan akhirat ialah kecemerlangan ilmu. "Mati jasad kerana tiada roh, mati roh kerana tiada ilmu". Dan janganlah kita belajar semata-mata untuk peperiksaan.

IMAN

  • Iman adalah mutiara. Bahkan lebih berharga daripada segala harta di dunia. Hanya imanlah yang akan memandu manusia ke jalan kebaikan dan menyelamatkan manusia di akhirat.

 AKHLAK MULIA

  • Akhlak umpama bunga yg cantik. Manusia akan tertawan hatinya kepada orang yang berakhlak mulia.Sesungguhnya tanpa akhlak , hidup di dunia nie akan hancur dan binasa.
HARTA
  • "Mulianya didunia dengan harta, mulianya di akhirat dengan amal soleh"-Sayidina Umar al-Khattab. Ingat!! milikilah harta kerana ia adalah saranan agama. Jangan sampai tersasar niat dan matlamat. Jadikanlah harta sebagai pelaburan terbaik untuk dividen diakhirat kelak. Orang yang dermawan sangat dimuliakan oleh Allah.
Itulah antara 4 faktornya yang Wafa nak kongsi bersama. Sharing is Caring. hehe..
Sungguh ! Jangan sedih jika diri tidak di hargai, tetapi tangiskanlah apabila diri tidak berharga.

*Sumber: Majalah Anis.

Ok lah.. Assalammualaikum.

Jumaat, 8 Jun 2012

(: S E N Y U M :)






"Senyumanmu buat saudaramu adalah SEDEKAH"   (Hadis Riwayat :Tirmizi)




*Senyum itu sedekah??! Senangkan nak dapat pahala. .kita tak perlu bersusah - payah mengeluarkan wang ringgit.. Senyum juga adalah luahan batin..Manusia mudah jatuh cinta pada seseorang yang tersenyum. Haa.. oleh itu, kita kena la berhati- hati. Sesungguhnya setiap perbuatan kita bermula dengan niat .Senyum biar la bertempat. Selain itu, senyum mampu melahirkan rasa gembira, menyebabkan hati menjadi damai. Senyum juga mampu mengusir duka. Senyum juga boleh awet muda :)

*Senyum boleh terjadi hasil daripada perasaan kecewa dan sedih. Sebagaimana yang berlaku apabila Rasulullah SAW tersenyum kepada Ka'ab bin Malik (salah seorang dari tiga orang yang tidak turut serta dalam perang Tabuk). Ka'ab mengatakan, "Ketika aku datang kepadanya. Aku memberi salam, dan baginda tersenyum…"



  •.♥ •.♥ Senyumlah andai dirimu dilukai

 •.♥ •.♥ Senyumlah andai dirimu dilupai

     •.♥ •.♥ Senyumlah andai dirimu dikhianati
  
   •.♥ •.♥ Senyumlah andai dirimu ditindasi

    •.♥ •.♥ Senyumlah andai dirimu dibebani

 •.♥ •.♥ Senyumlah andai dirimu disakiti















_Jom kita Senyum_ :)



Khamis, 7 Jun 2012

_C R Y I N G_





♥♥ Ketika keadaan mengharuskan untuk menangis,,menangis la…tak semua air mata bererti lemah..

♥ ♥ Menangis dan sedih bukanlah bermakna kita hilang harapan. Jauh sekali untuk menjadikan kita putus asa dengan rahmat Tuhan. 

♥ ♥ Sesekali menangis, hati kita akan bangkit sedar bahawa kita hanyalah hambaNya yang lemah dan kerdil.
♥ ♥ Sesekali menangis, jiwa kita dididik dengan indahnya sabar dan redha...

♥ ♥ Percayalah bukan Allah tidak tahu hancur dan luluhnya hati kita menanggung kecewa dan sedih.....

♥ TETAPI Dia mahu kita rapat padaNya, lantaran hati-hati sebeginilah yang lebih lunak dan lembut beribadat kepadaNya. ♥





Rabu, 14 Mac 2012

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL- asrama SMEKBASE

Assalammualaikum..    Ahlan wasahlan..

  Berdiri : munirah, maizatul, yaya, tiqah cho, nina, aimey , farhana, khalis, mila, nine
 Duduk : aida, wafa, syud, nabila





Alhamdulillah.. akhirnya selesai juga majlis Sambutan Maulidur Rasul. .waktu ney hari Sabtu bersamaan 11/02/2012. Firtsly, kteowg wat perarakan dari asrama sehingga ke tapak perhimpunan sambil membawa sepanduk mengikut kamar masing- masing. Then, diadakan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Ramadhan B. Mat Abas. Selepas habis ceramah, majlis penyampaian hadiah lak. Hadiah ney untuk pelajar asrama yang menang dalam pertandingan Tilawah al-Quran , Tulisan Khat , Spell-It-Right , Hafazan , Busana Muslim dan pertandingan Sepanduk. Pertandingan Tilawah al-Quran , Tulisan Khat dan Spell- It- Right diadakan pada hari yang sama iaitu 09/02/2012. Manakala, pertandingan Hafazan dan Busana Muslim diadakan pada hari Jumaat iaitu 10/02/2012. Bahan-bahan untuk buat sepanduk diberi pada hari Khamis. Contohnya, cat , kain dan kayu. Yang paling buat Wafa terharu skali dan kelakar pon ada ialah ada pelajar asrama yang tak tidur sampai ke pagi semata-mata nak siapkan sepanduk tu. Then, ada yang ambil span tilam la span bantal la untuk di jadikan sbagai berus..huhu. Tak nak cakap bayak lagi da.'Antum' boleh tgk gambar dekat bawah :



  •      Antara peserta yang menyertai Busana Muslim




  •      Pelajar asrama sedang bersiap sedia untuk berarak. Lets go~


  •     Ustaz Ramadhan sedang memberi ceramah



  •       Antara peserta bertuah yang menerima hadiah. Tahniah~




p/s : kepada yg tiada dlm ney .. jgn marah !  ;)